Friday, March 4, 2011

Minat & Perniagaan

Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...

* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up/putus asa. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!

* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
 
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari! Penyelidikan mengatakan bahawa, lebih dalam ilmu seseorang itu dalam sesuatu bidang, lebih tinggi pendapatannya!
 
Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat...

* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan... tetapi, keputusan akan tetap sama kerana perniagaan industri lain juga bukan minat kita!
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh... seperti melepaskan batuk ditangga. Bila tidak bersungguh-sungguh, maka, pulangan yang datang kepada kita juga tidak bersungguh-sungguh!
 
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal...
 
Jika dipantau kisah-kisah kejayaan dan juga membaca biografi mereka yang berjaya, semuanya melakukan apa yang mereka minat sebagai perniagaan. Adakah anda mempunyai minat yang boleh dijadikan perniagaan? Apakah minat anda?



  
Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat... ataupun tak minat? ;)

Wednesday, March 2, 2011

Kelas sebentar lagi.

Assalamualaikum..
Sekarang ni ada dalam Lab KICT.
Kejap lg ada kelas.
Memang dah berhabuk dah blog aku nie..
Banyak ingin tulis,.
Tapi tak tahu mcm mana nak tulis.
Banyak perkara ingin diluahkan.
Tapi tak tahu bagaimana ingin disampaikan.
Banyak tekanan diterima.
Banyak rintangan diharungi.
Dalam mencari kejayaan hakiki.
Hati bagai berkecamuk dengan perasaanku sendiri.
Akal ini menjadi pemangkin perubahan diri.
Hati ini menjadi pembantu yang tak puas henti.
Aku bagaimana?
Rezekiku?
Amalanku?
Semua dalam perhitunganMu Ya Allah.

Wednesday, August 25, 2010

When I was..

Baru je beli buku ni tadi..            
Seringkali apabila kita bercerita.. Kita cenderung bercerita yg kita ni hebat, kita ni power.. kekadang rasa mcm tiada cacat cela lansung kan.. hehe.. Tadi ingat nak menulis.. tapi rasa mcm nak membaca jer.. Aku nak baca buku apa yer? Baca buku ni jer lah...

Friday, August 20, 2010

Jumaat: Penghulu Hari

Hari ni hari jumaat. Bangun lewat plak tu.. maklum la bulan2 Ramadan ni.. lepas subuh je sambung tidur. Tapi esok tak leh la nak bangun lewat. Esok ada latihan PALAPES plak.. Penat sudah pasti la kan.

Seperti biasa mlm ni mmg banyak benda kena setel.Baju siap iron.Kasut siap kilat. Erm.. apa lg erk? hehe..

Jam pada ptg ni dah menghampiri 1630H. Bilik masih selerak. Nak kemas mcm malas.. (penah ke aku rajin).. Hahaha..

Dlm dok menulis blog ni pon. Dok pikir bila la nak berbuka puasa dgn akak dan abg.. susah betul nak allocate masa jumpa diorang.. Abg di Cheras, Akak si Shah Alam, Aku plak ada dkt Gombak.. Tak la jauh mana kan.. tapi itu la.. nak jumpa mcm susah.. paling busy adalah student nama Hifzaili la lah.. hehe.. Ada je dia nak buat.

Erm.. apakah juadah berbuka malam ni yer?.. tgh pikir jap..

Wednesday, July 21, 2010

Hati

Hati..
Bila disebut pasal hati. Banyak perkara bersangkut dgn hati. Termasuk juga dgn berhati-hati.
Hati yang tenang memungkinkan kita menilai sesuatu itu dgn baek dan fokus. Tetapi hati juga sering dibuai dgn angan2 serta prinsip yang kekadang memakan diri kita sendiri.. Ringkas jer thread aku malam ni..

Hati yang baek ditempa dari makanan yang baek.






Sengaja letak gambar camera ni. Tringin nak beli.. tapi budget masih terbatas.. huhu. sedihnya

ICT OPEN DAY 2010

ICT OPEN DAY 2010

27th July 2010/Tuesday

11.00 am

ICT Open Day Launching by Deputy Rector (Student Affairs)

¨ Launching of IP Telephony

¨ Launching of Microsoft Exchange

12.30 pm

Refreshment

Disperse

2.30 pm – 3.30 pm

Talk on Paperless Initiatives by MD, RICOH

Venue : Conference Room, CAC

END OF DAY 1

28 July 2010 / Wednesday

Time

Programme

9.30 am – 11.00 am

Talk on Microsoft Office 2010 (Staff and Student)

Venue : Conference Room, CAC

11.30 pm – 1.00pm

Talk on Microsoft Exchange & Office Communicator (for Staff)

Venue : Conference Room, CAC

2.30 pm – 3.30 pm

Windows Live & Microsoft Security Essentials (Student)

Venue : Conference Room, CAC

END OF DAY 2

29th July 2010/Thursday

Time

Programme

10.00 am – 11.00 am

Talk on Security (F Secure)

Venue : Conference Room, CAC

11.30 am – 12.30 pm

Talk on AUTOCAD by Pestariang

Venue : Conference Room, CAC

3.00 pm

Talk on Anti-Virus (Avira)

Venue : Conference Room, CAC

Monday, July 19, 2010

Isnin yang best.

Sepatutnya pada hari ini aku ada 2 kelas.. Iaitu Database System II dan Multimedia Technology.. Tapi malangnya kelas Multimedia Technology lecturer tak dtg2.. Sangat sedih sebab kelas dia sampai malam.. Agak membuang masa menunggu.. Kalau tahu takder kelas.. Dah lama aku balik basuh baju.. Haiya.. Lambat start cramp la nak exam nanti.. Itu yg tak gemar tue.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...