Showing posts with label Hifzaili. Show all posts
Showing posts with label Hifzaili. Show all posts

Tuesday, May 24, 2016

Blogwalking

Rasa macam nak blogwalking lah malam ni. Hehe. Kita intai-intai blog orang lain.

Babai.

Kurang 2 minggu menjelang Ramadan

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Ramadan 1437M. Sekejap sahaja rasa. Bagaimana dengan persedian mental aku ni? Dah ready ker? Apa beza Ramadan tahun ini dan tahun-tahun sebelum ini? Kita jawab slow-slow yer.

Alhamdulillah, Ramadan tahun ini kali pertama Ramadan berkeluarga. Yer lah, baru kahwin untuk tempoh kurang 6 bulan. Memang baru la kan. Risau tu semestinya lah kan. Dua perut nak kena jaga. Eh.. 2 perut lebih sket.

Bila menjelang Ramadan kita akan cerita pasal makan kan? Menu apa pulak aku nak makan Ramadan kali ini. Kalau bujang, ikut sedap mulut jer. Asal telan. Tapi wife aku jenis tak sahur. Takper. Asalkan dia teman aku sahur. Dah ler. Ilmu perkahwinan kan bertolak ansur.

PaRam kembali. Bukan Param artis pendek bangsa India tu la.. PaRam atau nama panjangnya Pasar Ramadan akan kembali menjadi tumpuan. Orang kata kalau jual karipap takda inti pun habis. Nafsu membeli lah katakan. Nafsu makan apatah lagi.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$. Ramadan juga ruang menguji poket anda.. Duit raya ke budak-budak lagi. Walau pun sedekah, still kena bajet juga kan.. Duit belanja lagi. Duit nak pakai masa kerja lagi. Bukan merungut tapi risau. Aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T bagi sebab yakin pasti ada sebab.

Lately ni memang poket kering memanjang. Tak perlu salahkan orang lain. Just salahkan diri sendiri kerana tidak pandai mengurus. Itu sahaja.


ps: Lagu Ramadan ni memang dah jadi feveret aku sejak dulu lagi. Haha. Suka hati aku la kan.. hehe.

Thursday, December 25, 2014

2014 Melabuh Tirai. 2015 Bakal menjelma.

Pergh.

Ni bukan tahap berhabuk dan blog ni.
Ni dah masuk bersarang dah..

Bila tengok last post.
Baru kesedari yang aku sudah meninggalkan blog agak lama.

Adakah ketiadaan masa?
Adakah malu bercerita?
Adakah tiada kisah menarik sepanjang beberapa tahun ini?

Jawapannya aku masih mencari. Mencari dan terus mencari.

2015 lagi beberapa hari sahaja.

Dengan iltizam yang baru,
Dengan semangat yang jitu.
Dengan keazaman yang utuh.

Aku akan harungi 2015 dengan penuh style dan bergaya,.
Tidak perlu menjadi orang lain.

Just be myself as always.

Rindu nak masuk stadium. Hari tu dapat masuk semasa AFF Suzuki 2014 Semifinal 1 leg lawan Vietnam. Memang best giler.


Wednesday, November 2, 2011

Baru ada atau aku baru tahu?

Ya, adakah ini gambaran blog aku untuk tempoh yang mendatang? Tak tahu mcm mana .. Tetapi mencuba sesuatu yang baru dan menarik sudah menjadi kelaziman kepada penulis ini. Yups, keep on trying kan best.At last dpt jumpa pro and cons nya nanti.. Hope so.

Selain dari itu nak cerita apa yer? Erm.. Keep track layout baru dulu la yuk..

Hehe.. Currently mcm suka jer dgr lagu ni.. Lirik yang catchy dan ber'makna'.
Mcm mana lelaki? Mcm mana wanita? Macam mana diri aku? Hehehe.. Layanzz..

Wednesday, October 19, 2011

Biarkan Ku Menangis Sendiri

Untuk kesekian kalinya.. Aku menulis setelah rasa tidak cukup kuat untuk berkongsi apa yang dirasai dengan orang lain. Mencuba untuk menangani semua situasi dengan tangan sendiri. Cukup lah rasanya sudah menyusahkan banyak pihak. Terasa seperti ingin meminta maaf buat semua orang. Terasa salah pada semua orang. 

Aku mmg tak kisah kalau hits blog aku tak naik ker.. sebab aku memang tulis untuk aku ingat dikemudian hari. Berkongsi apa yang berada dalam hati ini. Memang tidak menarik kerana dalam post ni tiada jalan cerita. Yang ada hanya luahan hati seorang insan bernama Hifzaili. Yang sentiasa mencari sesuatu dalam dirinya. Mencuba segala macam hal. Memberanikan diri untuk kedepan. Sering tewas dalam perjuangan. Sering menjadi sasaran kritikan. Sering cuba menjadi orang lain. Berapa banyak sering dah aku guna nieh? ntah la. 

Erm.. apa masalah aku sebenarnya nie? Ya, sebetulnya aku hilang fokus. Hilang skill pengurusan masa. Hilang semangat. Punca? itu yg tak tahu tu.. Orang cakap. Kalau ada masalah, cari lah punyanya. Tapi aku masih mencari punya aku begini. Akak cakap kurang kasih sayang.. Mungkin ya jugak. Aku rasa aku akan hilang orang2 yang aku sayang. Seorang demi seorang. Sampai aku rasa sendiri menyendiri. Kenapa perlu takut menyendiri? bukan kah aku sudah bertahun-tahun hidup sendiri? Erm.. Entah. Tiada jawapan. Andaian ada lah. Mungkin sebab faktor usia. Mungkin jugak banyak tanggungjawab. Mungkin jugak aku bermain dengan permainan yang berisiko tinggi. 

Menjadi popular memang berisiko. Tapi kenapa aku nak jadi popular? Ya, nak jadi popular dari sudut yang positif. Arwah ayah dulu pun popular dan banyak network. Senang nak urus banyak benda. Sebab aku dengar zaman sekarang ni jenis who's who. Macam cable sana sini lah kan. Bukan nak bodek ke hapa. Just dengan kenal orang. Pengurusan lebih mudah. Orang nak percaya pon senang. Dah la tengah sedih. Nak nangis air mata dah kering. "tak macho la laki nangis". ada aku kesah? biar lah. janji tak ganggu orang. Nak tulis mcm2 pon risau jugak. Takut ada hati yang terasa. Ya, aku memang kisah kalau bab hati orang lain. Sebab aku tak nak orang sekeliling aku sedih. Aku nak semua orang gembira. Aku saja yang sedih tak mengapa. Sebab dalam perjalanan hidup aku ini. Memang banyak sangat sangat kisah sedih. 

Kisah sedih apa ya? Banyak lah. Nak tahu ker? Tanya jer orang yang paling arif mengenai Hifzaili. Siapa ya? Aku rasa sorang je betul2 memahami diri aku. Tahu tindak tanduk aku. Yang kalau aku tak cerita pon dia dapat predict. Siapa ya? KakaK kesayangan aku la. Hifzaila. Dari aku kecik sampai lah aku besar. Sentiasa positif dengan setiap tindak tanduk aku. Tapi tak tahu la kalau dia tak rasa gitu. Tapi aku rasa gitu. Aku mmg suka amik risiko. Risiko apa yer? Sentiasa mencabar diri. Bab risiko ni rasanya Arwah Ayah yang ajar. Bab polite and jaga hati orang dan membiarkan diri sentap sorang2 ni Arwah Mak yang ajar rasanya. 

Nanti2 la aku sambung cerita yer. Nak siapkan Chapter 1 & 2 for my Final Year Project. 

Hehe. Sehari selepas birthday, mmg serius aku penat. Tapi tu lah. Apa nak buat. Redah jer.. Perlu ker aku cerita kisah aku hari2? Kalau ada yang nak tahu boleh la aku cerita.. okey jer to share with everybody. 

Oh ya. aku share gambar aku training main api nak tak? Boleh. Yea..

Yang waktu persembahan aku pon tak tengok lagi. 

Nak share apa lagi erk? 

Gambar nak? 

Gambar aku la.. Yang dah season. Mengapa letak gambar lama? Gambar lama mengingatkan aku bahawa ini lah diriku. Tetap diriku. Biar tahun berlalu dan bulan berganti.

P/s: Memang aku nyer penulisan takder story line. Takder pendahuluan dan penutup. Ada sisi jer..

Sunday, June 26, 2011

Travelog : GLC Open Day 2011

 
List of GLC Malaysia
Assalamualaikum..

Melihat pada syarikat-syarikat tersebut... Mungkin ada yang teringin dan berminat untuk berkerja dengan syarikat-syarikat ini kan? Macam yang selalu terbibir di mulut pelajar.. "Company tu power duh.. susah nak join", " Ini mesti gaji besar","leh cepat dapat jodoh nie" (ada kena mengena ker?).. Tapi itu la hakikatnya memang ramai yang nak join as a staff for this company.. Masyuk duh...

Saya entah macam mana tanpa planning yang sempurna telah pergi ke majlis ini petang tadi (26 Jun 2011 jam 12 tgh hari).. Dah nama pon tak plan kan.. main redah jer.. tak tahu la apa yang nak dicari.. dengar dari kawan2 diorang datang sebab nak mintak kerja... yang dah siap bawak resume pon ada.. tapi okey lah.. itu pon antara matlamat GLC gak.. nak recruit orang.. Tapi untuk saya.. yang masih bergelar mahasiswa. . basically jalan2 cari souvenir la..

Dapat macam2 tau.. jam tangan dari CIMB Bank, T-shirt, mug, topi dari Penganjur.. Dapat pendrive dan notepad dari Khazanah.. Kiranya berbaloi la jugak pergi.. Leh cover duit pengangkutan.. hehe.. Tapi ada booth yang kalau nak hadiah kena jawab quiz, questionnaire dan survey form dulu.. so, layankan aja..

Kalau nak bercerita sepanjang hampir 3 jam di KLCC tu memang best. Banyak perkara dapat dicungkil dan diambil. But, it is depends in what angle you take it. Bagi saya, saya tengok dari segi promotion yang dapat menarik pengunjung datang ke booth disana. Meh saya kongsi sket erk.. bleh kan?

Saya mulakan dengan booth CIMB, diorang suruh model2 wanita berpakaian tradisional. cantik sekali. siap bleh bergambar dan masuk pertandingan. Pertandingan bergambar dengan model mereka dan upload kat Facebook dan saya pon tak ingat macam mana nak menang. Yang pasti hadiah Ipad 2 la jugak.. lumayan.

Booth TM pun menghadiahkan Ipad 2 jugak untuk soalan quiz mereka.. laris la Ipad 2 jawabnya.. Soalan2 di booth TM tak la susah. Tapi sebab booth dia padat dengan itu dan ini.. Sesak gak la.

Bila tiba di booth Maybank, ada seorang badut dan ahli silap mata. Bersungguh2 saya tgk ahli silap mata ni buat trick dia.. Muda lagi. tapi nampak macam dah mahir dah.. Teruja sebentar.. Kalau yang badut tu.. Budak2 suka la.. sebab dapat belon..

Dan banyak lagi seperti bukan akaun Tabung Haji serendah 2 ringgit dan buka akaun Maybank Yippie serendah seringgit. Yang penting saya suka.. Hehe.

Pengunjung yang datang pula ramai, dari kanak2 hingga ke warga emas. ada saja aktiviti yang disusun.. terutama untuk kanak2. Walaupun program yang saya kategorikan berprofil tinggi. Tapi kanak2 tidak dilupakan.. Kalau selalu pengunjung ramai dengan kehadiran artis.. Tetapi untuk GLC Open Day.. pengunjung teruja dapat berjumpa Top2 Management GLC. CEO MBSB ada, CEO Proton ada.. insan2 berjawatan sebegini yang jarang tampil secara terbuka masih tersenyum untuk bergambar dengan golongan-golongan marhaen seperti saya dan yang lain.. (saya tak tangkap gambar, takder bajet beli kamera)..

Hopefully akan ada lagi penganjuran program sebegini.. Impaknya saya rasa besar.. dalam syarikat2 besar ini meraih keuntungan. mereka tidak lupa tanah air.. program kemasyarakat ditonjolkan supaya syarikat2 ini dekat dengan rakyat.

Kalau dapat diwar-warkan dengan lebih meluas.. Mungkin akan lebih ramai yang akan datang...

Kalau nak tahu lebih boleh layari   Laman Sesawang GLC Open Day . Dan terus jer like FB mereka di FB GLC Open Day

Btw, apa yang saya tulis based on my observation.. So, baca jer lah.. Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...