| ||
| List of GLC Malaysia |
Sunday, June 26, 2011
Travelog : GLC Open Day 2011
Friday, March 4, 2011
Minat & Perniagaan
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up/putus asa. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari! Penyelidikan mengatakan bahawa, lebih dalam ilmu seseorang itu dalam sesuatu bidang, lebih tinggi pendapatannya!
Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat...
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan... tetapi, keputusan akan tetap sama kerana perniagaan industri lain juga bukan minat kita!
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh... seperti melepaskan batuk ditangga. Bila tidak bersungguh-sungguh, maka, pulangan yang datang kepada kita juga tidak bersungguh-sungguh!
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal...
Jika dipantau kisah-kisah kejayaan dan juga membaca biografi mereka yang berjaya, semuanya melakukan apa yang mereka minat sebagai perniagaan. Adakah anda mempunyai minat yang boleh dijadikan perniagaan? Apakah minat anda?
Wednesday, March 2, 2011
Kelas sebentar lagi.
Sekarang ni ada dalam Lab KICT.
Kejap lg ada kelas.
Memang dah berhabuk dah blog aku nie..
Banyak ingin tulis,.
Tapi tak tahu mcm mana nak tulis.
Banyak perkara ingin diluahkan.
Tapi tak tahu bagaimana ingin disampaikan.
Banyak tekanan diterima.
Banyak rintangan diharungi.
Dalam mencari kejayaan hakiki.
Hati bagai berkecamuk dengan perasaanku sendiri.
Akal ini menjadi pemangkin perubahan diri.
Hati ini menjadi pembantu yang tak puas henti.
Aku bagaimana?
Rezekiku?
Amalanku?
Semua dalam perhitunganMu Ya Allah.
Wednesday, August 25, 2010
When I was..
Friday, August 20, 2010
Jumaat: Penghulu Hari
Seperti biasa mlm ni mmg banyak benda kena setel.Baju siap iron.Kasut siap kilat. Erm.. apa lg erk? hehe..
Jam pada ptg ni dah menghampiri 1630H. Bilik masih selerak. Nak kemas mcm malas.. (penah ke aku rajin).. Hahaha..
Dlm dok menulis blog ni pon. Dok pikir bila la nak berbuka puasa dgn akak dan abg.. susah betul nak allocate masa jumpa diorang.. Abg di Cheras, Akak si Shah Alam, Aku plak ada dkt Gombak.. Tak la jauh mana kan.. tapi itu la.. nak jumpa mcm susah.. paling busy adalah student nama Hifzaili la lah.. hehe.. Ada je dia nak buat.
Erm.. apakah juadah berbuka malam ni yer?.. tgh pikir jap..
Wednesday, July 21, 2010
Hati
Bila disebut pasal hati. Banyak perkara bersangkut dgn hati. Termasuk juga dgn berhati-hati.
Hati yang tenang memungkinkan kita menilai sesuatu itu dgn baek dan fokus. Tetapi hati juga sering dibuai dgn angan2 serta prinsip yang kekadang memakan diri kita sendiri.. Ringkas jer thread aku malam ni..
Hati yang baek ditempa dari makanan yang baek.
Sengaja letak gambar camera ni. Tringin nak beli.. tapi budget masih terbatas.. huhu. sedihnya
ICT OPEN DAY 2010
ICT OPEN DAY 2010 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

