Sunday, June 26, 2011

Travelog : GLC Open Day 2011

 
List of GLC Malaysia
Assalamualaikum..

Melihat pada syarikat-syarikat tersebut... Mungkin ada yang teringin dan berminat untuk berkerja dengan syarikat-syarikat ini kan? Macam yang selalu terbibir di mulut pelajar.. "Company tu power duh.. susah nak join", " Ini mesti gaji besar","leh cepat dapat jodoh nie" (ada kena mengena ker?).. Tapi itu la hakikatnya memang ramai yang nak join as a staff for this company.. Masyuk duh...

Saya entah macam mana tanpa planning yang sempurna telah pergi ke majlis ini petang tadi (26 Jun 2011 jam 12 tgh hari).. Dah nama pon tak plan kan.. main redah jer.. tak tahu la apa yang nak dicari.. dengar dari kawan2 diorang datang sebab nak mintak kerja... yang dah siap bawak resume pon ada.. tapi okey lah.. itu pon antara matlamat GLC gak.. nak recruit orang.. Tapi untuk saya.. yang masih bergelar mahasiswa. . basically jalan2 cari souvenir la..

Dapat macam2 tau.. jam tangan dari CIMB Bank, T-shirt, mug, topi dari Penganjur.. Dapat pendrive dan notepad dari Khazanah.. Kiranya berbaloi la jugak pergi.. Leh cover duit pengangkutan.. hehe.. Tapi ada booth yang kalau nak hadiah kena jawab quiz, questionnaire dan survey form dulu.. so, layankan aja..

Kalau nak bercerita sepanjang hampir 3 jam di KLCC tu memang best. Banyak perkara dapat dicungkil dan diambil. But, it is depends in what angle you take it. Bagi saya, saya tengok dari segi promotion yang dapat menarik pengunjung datang ke booth disana. Meh saya kongsi sket erk.. bleh kan?

Saya mulakan dengan booth CIMB, diorang suruh model2 wanita berpakaian tradisional. cantik sekali. siap bleh bergambar dan masuk pertandingan. Pertandingan bergambar dengan model mereka dan upload kat Facebook dan saya pon tak ingat macam mana nak menang. Yang pasti hadiah Ipad 2 la jugak.. lumayan.

Booth TM pun menghadiahkan Ipad 2 jugak untuk soalan quiz mereka.. laris la Ipad 2 jawabnya.. Soalan2 di booth TM tak la susah. Tapi sebab booth dia padat dengan itu dan ini.. Sesak gak la.

Bila tiba di booth Maybank, ada seorang badut dan ahli silap mata. Bersungguh2 saya tgk ahli silap mata ni buat trick dia.. Muda lagi. tapi nampak macam dah mahir dah.. Teruja sebentar.. Kalau yang badut tu.. Budak2 suka la.. sebab dapat belon..

Dan banyak lagi seperti bukan akaun Tabung Haji serendah 2 ringgit dan buka akaun Maybank Yippie serendah seringgit. Yang penting saya suka.. Hehe.

Pengunjung yang datang pula ramai, dari kanak2 hingga ke warga emas. ada saja aktiviti yang disusun.. terutama untuk kanak2. Walaupun program yang saya kategorikan berprofil tinggi. Tapi kanak2 tidak dilupakan.. Kalau selalu pengunjung ramai dengan kehadiran artis.. Tetapi untuk GLC Open Day.. pengunjung teruja dapat berjumpa Top2 Management GLC. CEO MBSB ada, CEO Proton ada.. insan2 berjawatan sebegini yang jarang tampil secara terbuka masih tersenyum untuk bergambar dengan golongan-golongan marhaen seperti saya dan yang lain.. (saya tak tangkap gambar, takder bajet beli kamera)..

Hopefully akan ada lagi penganjuran program sebegini.. Impaknya saya rasa besar.. dalam syarikat2 besar ini meraih keuntungan. mereka tidak lupa tanah air.. program kemasyarakat ditonjolkan supaya syarikat2 ini dekat dengan rakyat.

Kalau dapat diwar-warkan dengan lebih meluas.. Mungkin akan lebih ramai yang akan datang...

Kalau nak tahu lebih boleh layari   Laman Sesawang GLC Open Day . Dan terus jer like FB mereka di FB GLC Open Day

Btw, apa yang saya tulis based on my observation.. So, baca jer lah.. Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...