Untuk kesekian kalinya.. Aku menulis setelah rasa tidak cukup kuat untuk berkongsi apa yang dirasai dengan orang lain. Mencuba untuk menangani semua situasi dengan tangan sendiri. Cukup lah rasanya sudah menyusahkan banyak pihak. Terasa seperti ingin meminta maaf buat semua orang. Terasa salah pada semua orang.
Aku mmg tak kisah kalau hits blog aku tak naik ker.. sebab aku memang tulis untuk aku ingat dikemudian hari. Berkongsi apa yang berada dalam hati ini. Memang tidak menarik kerana dalam post ni tiada jalan cerita. Yang ada hanya luahan hati seorang insan bernama Hifzaili. Yang sentiasa mencari sesuatu dalam dirinya. Mencuba segala macam hal. Memberanikan diri untuk kedepan. Sering tewas dalam perjuangan. Sering menjadi sasaran kritikan. Sering cuba menjadi orang lain. Berapa banyak sering dah aku guna nieh? ntah la.
Erm.. apa masalah aku sebenarnya nie? Ya, sebetulnya aku hilang fokus. Hilang skill pengurusan masa. Hilang semangat. Punca? itu yg tak tahu tu.. Orang cakap. Kalau ada masalah, cari lah punyanya. Tapi aku masih mencari punya aku begini. Akak cakap kurang kasih sayang.. Mungkin ya jugak. Aku rasa aku akan hilang orang2 yang aku sayang. Seorang demi seorang. Sampai aku rasa sendiri menyendiri. Kenapa perlu takut menyendiri? bukan kah aku sudah bertahun-tahun hidup sendiri? Erm.. Entah. Tiada jawapan. Andaian ada lah. Mungkin sebab faktor usia. Mungkin jugak banyak tanggungjawab. Mungkin jugak aku bermain dengan permainan yang berisiko tinggi.
Menjadi popular memang berisiko. Tapi kenapa aku nak jadi popular? Ya, nak jadi popular dari sudut yang positif. Arwah ayah dulu pun popular dan banyak network. Senang nak urus banyak benda. Sebab aku dengar zaman sekarang ni jenis who's who. Macam cable sana sini lah kan. Bukan nak bodek ke hapa. Just dengan kenal orang. Pengurusan lebih mudah. Orang nak percaya pon senang. Dah la tengah sedih. Nak nangis air mata dah kering. "tak macho la laki nangis". ada aku kesah? biar lah. janji tak ganggu orang. Nak tulis mcm2 pon risau jugak. Takut ada hati yang terasa. Ya, aku memang kisah kalau bab hati orang lain. Sebab aku tak nak orang sekeliling aku sedih. Aku nak semua orang gembira. Aku saja yang sedih tak mengapa. Sebab dalam perjalanan hidup aku ini. Memang banyak sangat sangat kisah sedih.
Kisah sedih apa ya? Banyak lah. Nak tahu ker? Tanya jer orang yang paling arif mengenai Hifzaili. Siapa ya? Aku rasa sorang je betul2 memahami diri aku. Tahu tindak tanduk aku. Yang kalau aku tak cerita pon dia dapat predict. Siapa ya? KakaK kesayangan aku la. Hifzaila. Dari aku kecik sampai lah aku besar. Sentiasa positif dengan setiap tindak tanduk aku. Tapi tak tahu la kalau dia tak rasa gitu. Tapi aku rasa gitu. Aku mmg suka amik risiko. Risiko apa yer? Sentiasa mencabar diri. Bab risiko ni rasanya Arwah Ayah yang ajar. Bab polite and jaga hati orang dan membiarkan diri sentap sorang2 ni Arwah Mak yang ajar rasanya.
Nanti2 la aku sambung cerita yer. Nak siapkan Chapter 1 & 2 for my Final Year Project.
Hehe. Sehari selepas birthday, mmg serius aku penat. Tapi tu lah. Apa nak buat. Redah jer.. Perlu ker aku cerita kisah aku hari2? Kalau ada yang nak tahu boleh la aku cerita.. okey jer to share with everybody.
Oh ya. aku share gambar aku training main api nak tak? Boleh. Yea..
Yang waktu persembahan aku pon tak tengok lagi.
Nak share apa lagi erk?
Gambar nak?
Gambar aku la.. Yang dah season. Mengapa letak gambar lama? Gambar lama mengingatkan aku bahawa ini lah diriku. Tetap diriku. Biar tahun berlalu dan bulan berganti.
P/s: Memang aku nyer penulisan takder story line. Takder pendahuluan dan penutup. Ada sisi jer..