Monday, May 11, 2015

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Assalamualaikum,

Apa bila terasa mahu menulis. Ini bermakna hati ada terguris.
Apa bila terasa mahu menulis. Ini bermakna hati ada sinis.

Aku menulis bukan kerna nama. Antara bait-bait lagu Ramli Sarip.
Aku menulis kerana aku ingin meluahkan apa yang aku rasa.
Biar tiada siapa membaca.
Aku tidak peduli.
Yang pasti. Setiap kali habis menulis.
Ada kepuasan didalam diri.

Adakala kita perlu bercakap tanpa minta balasan.
Inilah cara aku menulis.
Tanpa tajuk yang jelas.
Tanpa isi yang tersusun.
Semuanya spontan.
Tidak satu pun plastik.

Ada ketika menulis perlu ada mood untuk  menulis.
Andai tiada. Memang tidak akan menulis apa pun kita.

Akhir sekali.
Menulis lah andai itu mampu meringankan beban.

Hifzaili Hafni

No comments:

Post a Comment

Share something orait..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...